Khamis, 30 Jun 2011

iMaN yG pAsAnG SuRuT....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 
Apa khabar? aku doakan kalian semua dlm keadaan sihat & ceria2 selalu.Ingin rasanye aku menulis, bercerita, berkongsi bahan bacaan dan nasihat-menasihati.Tapi memandang aku punyai masalah….Masalah aku ialah iman aku yang pasang surut dan akhir2 ini seperti agak surut drpd biasa. Diri aku ni seperti daun hanyut saja.Hidup sehari-hari macam tiada apa2 yg penting padahal amanah yang perlu diselesaikan ada banyak.Rutin yang selalu berlaku ialah membuka tingkap rumah, duduk di kerusi, pandangan aku buang jauh2 ke luar dan fikiran menerawang ke sana-sini. Macam2 yg aku fikirkan.Di waktu2 begini yg aku tdk dpt tunaikan solat wajib 5 waktu, iman aku tersangatlah lemah. Terbaca sesuatu yang menyedihkan, airmata mudah sekali mengalir, mendengar cerita-cerita yang sepatutnya membahagiakan, air mata mengalir juga, melihat kegembiraan orang, menangis lagi. Memang sensitif dan lemah. Pendamkan saja bila ada orang di sekeliling. Sukar untuk diceritakan tapi dengan menulis begini, terasa sedikit kelegaan.Usahlah ada yang meneka-neka kerana kalian mungkin tersasar.Cukuplah kalian menjadi pembaca yang cuba memahami keadaan aku yang sedang dilanda emosi.Tidak ada apa-apa ilmu yang dapat aku kongsikan melalui tulisan hari ini. aku pun tidak tahu apa intipatinya.Moga Allah legakan hati aku selepas ini. Moga luahan ini akan meringankan beban di dalam dada.

Ya Allah, suburkanlah jiwaku ini dengan semangat Islam.
Lindungi daku dari gangguan syaitan.
Kuatkan hatiku untuk bangkit meneruskan kehidupan.
Dorongi daku dengan keinsafan.
Jauhi daku dari bersendirian
Kerana syaitan sentiasa mencari peluang
Menggoda hamba-Mu yang kesunyian.
Bimbinglah aku agar terus berjuang
Menegak yang makruf mencegah kemungkaran
Agar hidupku lebih bermakna dan berkesan.
Tolonglah duhai Yang Maha Penyayang perkenankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan