Selasa, 8 November 2011

hAnDbAg....


HARGA:RM220.00
CODE: 8501A
MATERIAL: Sheep Nappa
SPF:Ladies bag Woth New Croco Print
SAIZ: 12.5 X 2.75 X 7 in


HARGA:RM240.00
CODE: 8502
MATERIAL: Sheep Nappa
SPF:Ladies Bag with Croco Designe
SAIZ: 10 X 3.75 X 8 in



HARGA:RM180.00
CODE: 8503
MATERIAL: Sheep Nappa
SPF:Ladies Bag, Zeraf Print with mattlic Leather
SAIZ: 15 X 4 X 7 in

HARGA:RM180.00
CODE: 8503A
MATERIAL: Sheep Nappa
SPF:Ladies Bag, Zeraf Print with mattlic Leather
SAIZ: 15 X 4 X 7 in

HARGA:RM180.00
CODE: 8503B
MATERIAL: Sheep Nappa
SPF:Ladies Bag, Zeraf Print with mattlic Leather
SAIZ: 15 X 4 X 7 in


HARGA:RM260.00
CODE: 8504
MATERIAL: Buf Beti
SPF:Ladies Bag
SAIZ: 11.5 X 6 X 8.5 in

HARGA:RM295.00
CODE: 8505
MATERIAL: Cow Vegitable Tain (V.T)
SPF:Ladies Bag
SAIZ: 13 X 5 X 9 in


HARGA:RM350.00
CODE: 8506A
MATERIAL: Cow Pampia
SPF:Ladies Bag
SAIZ: 15 X 5.5 X 8.5 in

HARGA:RM240.00
CODE: 8507
MATERIAL: Sheep Crunch
SPF:Ladies Bag
SAIZ:12 X 4 X 9.5 in

HARGA:RM300.00
CODE: 8509
MATERIAL: Sheep Nappa
SPF:Ladies Bag with Mat print
SAIZ: 14 X 4 X 9 in


HARGA:RM300.00
CODE: 8509A
MATERIAL: Sheep Nappa
SPF:Ladies Bag with Mat print
SAIZ: 14 X 4 X 9 in


HARGA:RM220.00
CODE: 8510
MATERIAL: Lam washed Look
SPF:Ladies Bag
SAIZ: 12 X 3.5 X 11 in



Harga: RM310.00
CODE: 8511
MATERIAL: Sheep Crunch Nappa
SPF:Ladies Bag
SAIZ: 14 X 3.75 X 8.5 in


Harga: RM210.00
CODE: 8513
MATERIAL: Cow PDM
SPF:Ladies Shoper Bag
SAIZ: 12 X 9 X 15 in



Harga: RM250.00
CODE: 8516
MATERIAL: Sheep Crunch
SPF:Ladies Bag
SAIZ: 12 X 3.75 X 13 in

untuk membuat tempahan sila email di adli_azlina@yahoo.com.my / sms 012-6986135
sila sertakan NAMA,ALAMAT,NO H/P,CODE BARANG YANG DIKEHENDAKI / ALTERNATIF CODE SEKIRANYA CODE BARANG YANG ANDA KEHENDAKI TIADA DALAM STOCK KAMI....terima kasih kerana berurusan dgn saya...

Rabu, 2 November 2011

TaNaH,AiR,aPi,AnGiN....

Tanah Air Angin Api

Seperti kita tahu, ada 4 unsur yang pengaruhi kehidupan kita. nak percaya sangat pun tak tahulah tapi yang pasti memang wujud 4 unsur ini.. Tanah Air Angin Api.. dan yang menariknya perangai manusia, sikap manusia dipengaruhi unsur-unsur ini mengikut urutan kelahiran dalam family atau tarikh lahir.
  1. Tanah - anak yg ke-1, 5, 9
  2. Air - anak yg ke-2, 6, 10
  3. Api - anak yg ke-3, 7, 11
  4. Angin - anak yg ke-4, 8, 12

TANAH
Sifat Manusia:
suka menjadi org yg memberi arahan, punya pegangan nilai tersendiri, tidak mudah dipengaruhi, tetap pendirian, kuat semangat, sukakan kebebasan, teliti membuat keputusan, selalu pening kepala memikirkan masalah keluarga dan adik-adiknya, sabar dan tidak cepat marah, selalu bimbang dengan keputusan yang dibuat, seorang yg keras hati dan sensitif, menjadi rujukan bagi adik-adiknya, tabah menghadapi hidup, boleh diharap dan sentiasa tenang menghadapi sesuatu. (by Ahmad Yusof Ibrahim)

Wanita berunsur Tanah 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:  
  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Lelaki yang berunsur Tanah (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING):
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.


AIR
Sifat Manusia
Golongan ini sering mementingkan diri sendiri, suka memaksa pasangannya, cepat tersinggung perasaannya, suka berahsia, seoran g yang lemah lembut dan mempunyai pesonanya tersendiri, cepat kasihan kepada orang lain, boleh dipercayai oleh pasangannya, takut dengan kritikan dan gosip dari sekelilingnya, lemah dengan teguran, malas melakukan kerja, suka berangan-angan dan berimaginasi, suka marah orang lain, kurang pendirian, pemurah dan baik hati orangnya, berhati-hati membuat keputusan dan memahami perasaan orang lain. (by Ahmad Yusof Ibrahim)

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Lelaki yang berunsur Air (JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH):
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.


API
Sifat manusia 
Golongan ini sering mengikut kata hati mereka, suka mementingkan diri sendiri, seorang yang keras hati, suka bermegah diri, kurang mempedulikan perasan orang lain, kurang beremosi, kuat semangat dan tidak mudah menyerah kalah, cepat terasa dan mudah tersinggung. sukakan cabaran dan sanggup menghadapi situasi yang berbeza dan mencabar, seorang yang suka memaksa dan fikirannya sentiasa berubah mengikut keadan dan fleksibel, seorang yang selalu berfikiran positif dan mengambil beratahli keluarganya.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. 
Lelaki yang berunsur Api (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.


ANGIN
Sifat Manusia
Golongan ini sukakan kebebasan, mempunyai prinsip hidup, tidak mudah terpengaruh dengan orang lain, sedikit sensitif, seorang yangmesra dan mudah bercampur dengan orang ramai, menjadi pengaman dalam keluarga , memahami pasangannya, kurang ambil peduli hal persekitarannya, sedikit terburu-buru membuat keputusan, seorang yang bijak dan selalu berfikir secara logik, suka ambil mudah sesuatu perkara, kadang-kadang banyak cakap tapi sebenarnya baik hati, boleh dibawa berbincang, sedikti moody dan jangan buat dia marah.

Wanita berunsur Angin  
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah ubah. 
Lelaki berunsur Angin (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana

after aku belek-belek article website lain..de yang kata bleh tengok ikut tarikh lahir.. kalau kata 16hb kira la..tanah, air, api, angin, tanah, air, api, angin dan seterusnya smpai yg ke 16..so, 16 unsur yg ke 4: angin..
then, de yag gak kata.. kalo antara pasangan bile digabung ade 4-4 unsur ni serasi.. tapi takleh nak percaya sangat..yg pasti Allah yg menentukan segalanya..dan manusia shj yg leh ubah sikap dia sendiri.. =) 

Selasa, 1 November 2011

uLaNgTaHuN pErKaHwInAn 4 TaHuN....

“Bila ALLAH cepat makhbulkan doamu, maka DIA menyayangimu… Bila ALLAH lambat makhbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu… Bila ALLAH tidak makhbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik buatmu… Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya… Semoga kita mampu menempuhinya dgn penuh Kesyukuran, Ketabahan Dan Keikhlasan.”
Hari ini (1 NOV 2011 ulangtahun perkahwinan kite yg ke 4 tahun), Istimewa untuk kita berdua.. tiada apa yang boleh ayg berikan, cuma satu kucupan yang manis, pelukan kasih dan sayang ayg untuk abg, ayg doakan semoga apa yang abg hajati dimakbulkan olehNya.. diberikan kesihatan yang baik.. agar kehidupan abg dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. ayg sentiasa percaya pada abg, abg suami ayg .. abg sentiasa bagi kekuatan untuk ayg bersama-sama berjuang walaupun sometimes ayg nampak kelemahan itu dari mata abg.. tapi ayg pasti, segalanya pasti ada yang lebih baik yang menanti…
Sempena hari yang besh ni mudah-mudahan agenda kita berjaya, mengharapkan agar ada sesuatu yang gembira dapat dinanti nantikan.. itu pun Bila Allah makbulkan doa dan impian kita, kalu x dpt bukanlah bererti Dia x sayang kita kan.. CUMA ADA YANG TERBAIK SEDANG MENUNGGU KITA UNTUK “ABG, AYG DAN ANAK-ANAK” ..
Tak pernah terputus pun mendoakan agar abg berjaya, mempunyai kesihatan yang baik, menjadi suami yang baik untuk ayg, ayah yang penyayang untuk anak-anak kita, ketua keluarga yang adil.. sentiasa dipermudahkan segala urusan abg..semoga diberkati dan dirahmati kehidupanmu wahai suami ku..
Abg… ayg sayang abg, ayg sayang anak-anak kita.. kekadang bila kamu bertiga berbaring letakkan kepala diriba ayg.. aduhai.. betapa bertuahnya ayg, mempunyai 3 kekasih hati yang telah dikurniakan dan diciptakan olehNya untuk ayg berkongsi sedih dan gembira ayg..Salam Sayang Peluk Cium Rindu

I LOVE YOU….


Selasa, 25 Oktober 2011

bErCiNtA , tUnAnG , kAhWiN ....

asslamualaikum u ol...
apa isu yang saya nak cerita ptg2 ni ye..=)
nak la cari isu yang buat orang celik mata..
lagi2 time macam ni kan..
 mata pun nk terpejam je lps mkn..huhu...

dalam hidup ni memang lumrah orang bercinta..
time bercinta semuanya manis..
wahhh...time ni la dunia ni milik mereka..
sangat2 menarik kisah cinta korang kan..
kadang2 bau kentut pun wangi..
itu dah kira baik la tu..huhu..
kalau boleh tak nak gaduh..tak pernah gaduh kot..
nak manis je dalam bercinta..
masing2 nak gembira je..
kalau merajuk tu cepat je pujuk..

ada juga pasangan yang sempoi je..
buat macam biasa..tak ada la nak control..
asyik gaduh je..tapi tetap bersama..pelik kan..
marah2 lepas tu damai semula..
percintaan yang penuh adventure la ni..
menarik juga kan..sebab ada pahit dan manis nya..cukup ramuan..
masing2 menerima baik buruk pasangan masing2..

tapi lain pula yang berlaku lepas bertunang?
betul ke?ni kira pendapat saya je la ni..
ada yang lepas bertunang tu terus berubah..
selalu time bercinta asyik mesej dan call je.kalau boleh tiap masa nak call..
tapi bila dah bertunang tu, nak call pun susah..
kadang2 mesej pun jarang..kira kejutan juga la kan..
mana tak nya time bercinta mesej full dengan nama dia..
tapi dah tunang ni..tak ada nya merasa macam tu..
kadang2 perangai yang kita tak tahu time bercinta..
kita akan tahu sikit demi sikit time dah bertunang ni..
haaaa...jangan terkejut pula ye...
yang terpaksa tahan tu time merajuk tak ada nya dia nak pujuk..
biar je macam tu..
pujuk diri sendiri je..cian kan..huhu..

tapi ada juga yang terlebih2 time bertunang..
kalau boleh tiap masa nak call dan mesej je..
nak tau mana tunang ni pergi, buat apa, dengan sapa..
asyik menjawab fon dia je la..
nak buat apa pun kena report..
aduii...rimas kot..huhu..
lagi terlebih2 dari bercinta dulu..
haaa...ada je yang macam ni sebenarnya..
dulu bercinta memang hari2 call..tapi tak la sekerap time dah bertunang ni..

tapi kan, kalau dah kahwin makin rasa lain pula..
sebab apa?
ye la..tak kan nak call selalu tanya dah makan ke belum..?buat apa tu?
huhu..semua tu tak merasa kot..hari2 dah kat depan mata..
nak dengar suara pun time balik rumah je nanti..
nak call sehari sekali pun susah agaknya..
tapi biasa la masing2 nak kumpul duit..menyara hidup..
so tak boleh la nak buat perangai macam bercinta dulu kan..
fokus mana yang penting...
lagi2 kalau ada anak..ha...memang lain la..
si suami akan cemburu bila si isteri asyik layan anak je..huhu..
jangan la macam tu ye..biasa la tu..


orang akan berubah mengikut persekitaran..
dari bercinta, bertunang dan berkahwin..
semuanya fasa yuang berbeza..
tiap2 tu ada perubahan yang akan berlaku..
cuma kita kena bersedia mental dan fizikal..=)

Isnin, 24 Oktober 2011

iStErI-iStErI sEnTiAsA dArA....

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra 
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 
Caranya: Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. 
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 
(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .
Lanjutkan dan share rakan2 serta kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.
Salam Ukhuwah..~
* Terima Kasih kepada Page Tok Wan atas ilmu yang dikongsikan.

bEnGkOkNyE wAnItA....

artikel ni datangnya dari website www.iluvislam.com – cuma aku tolong sebarkan artikel yag berunsur kerohanian ni untuk pembaca semua..especially wanita muslimah..
Wanita dari tulang rusuk yang bengkok? Bengkoknya Wanita
“Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik… hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”
“Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?”
“Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”
“Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”
“Alaah… orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”
“Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”
“Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?”
“Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “disadvantaged” atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik.”
“Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “golongan yang tak berguna” kepada “sayap kiri” kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.”
“Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia.”
“Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. “Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!”
“Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”
“Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”
“Apa maksud sebenar Hadis tu?”
“Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu “penyempurnaan” . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”
“Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”
“Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. ”
“Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat “bengkok” ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.”
“Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”
“Hmm, betul tu Naim.”
“Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”
“Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar.”
“Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini… “
*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

pEtUa KeBaHaGiAaN....

Aku dapat artikel nie dr someone..sorry xingt nama dia..tq sbb share artikel ni.. aku suka baca artikel-artikel mcm ni yang boleh aku sendiri praktikkan untuk kebaikkan sesama kita baik untuk di dunia atau di akhirat. Diri sendiri blom sempurna nak jadi insan yang baik…nak jadi terbaik itu ada, cuma kekadang blom sempurna lagi ilmu di dada.
From Dr. Fatma’s tafsir Al-Quran class
How to use the Surah Al Fatihah
1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.
3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person’s head once in the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby’s head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the “langit-langit” of your mouth and rub it onto the injured area.
All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best “penawar” for everything
* Read it with full “khusyuk”
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD “niat” /intentions.
Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first “Allahuakbar” dilaungkan, terus lah angkat tangan dan
berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
· Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.
Untuk awet muda both internal & external.
Zikir – Baca
” Ya Badiyah ” 1 x
” Ya Nur ” 1 x
” Ya Hadi ” 1 x
” Ya Allah ” 3 x
Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.
2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)
3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.
4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga moga boleh menghilang/meredakan.

baguslah kalu kita nak mengadu pada Allah bila kita dalam kesusahan, hati sedih..etc. Tapi semua diatas kita hanya berusaha Allah yang menentukan..tp bila kita berdoa, kita mesti yakin doa kita pada Yang Maha Esa..mudah-mudahan di makbulkan. Amin…amin…amin.