Selasa, 25 Oktober 2011

bErCiNtA , tUnAnG , kAhWiN ....

asslamualaikum u ol...
apa isu yang saya nak cerita ptg2 ni ye..=)
nak la cari isu yang buat orang celik mata..
lagi2 time macam ni kan..
 mata pun nk terpejam je lps mkn..huhu...

dalam hidup ni memang lumrah orang bercinta..
time bercinta semuanya manis..
wahhh...time ni la dunia ni milik mereka..
sangat2 menarik kisah cinta korang kan..
kadang2 bau kentut pun wangi..
itu dah kira baik la tu..huhu..
kalau boleh tak nak gaduh..tak pernah gaduh kot..
nak manis je dalam bercinta..
masing2 nak gembira je..
kalau merajuk tu cepat je pujuk..

ada juga pasangan yang sempoi je..
buat macam biasa..tak ada la nak control..
asyik gaduh je..tapi tetap bersama..pelik kan..
marah2 lepas tu damai semula..
percintaan yang penuh adventure la ni..
menarik juga kan..sebab ada pahit dan manis nya..cukup ramuan..
masing2 menerima baik buruk pasangan masing2..

tapi lain pula yang berlaku lepas bertunang?
betul ke?ni kira pendapat saya je la ni..
ada yang lepas bertunang tu terus berubah..
selalu time bercinta asyik mesej dan call je.kalau boleh tiap masa nak call..
tapi bila dah bertunang tu, nak call pun susah..
kadang2 mesej pun jarang..kira kejutan juga la kan..
mana tak nya time bercinta mesej full dengan nama dia..
tapi dah tunang ni..tak ada nya merasa macam tu..
kadang2 perangai yang kita tak tahu time bercinta..
kita akan tahu sikit demi sikit time dah bertunang ni..
haaaa...jangan terkejut pula ye...
yang terpaksa tahan tu time merajuk tak ada nya dia nak pujuk..
biar je macam tu..
pujuk diri sendiri je..cian kan..huhu..

tapi ada juga yang terlebih2 time bertunang..
kalau boleh tiap masa nak call dan mesej je..
nak tau mana tunang ni pergi, buat apa, dengan sapa..
asyik menjawab fon dia je la..
nak buat apa pun kena report..
aduii...rimas kot..huhu..
lagi terlebih2 dari bercinta dulu..
haaa...ada je yang macam ni sebenarnya..
dulu bercinta memang hari2 call..tapi tak la sekerap time dah bertunang ni..

tapi kan, kalau dah kahwin makin rasa lain pula..
sebab apa?
ye la..tak kan nak call selalu tanya dah makan ke belum..?buat apa tu?
huhu..semua tu tak merasa kot..hari2 dah kat depan mata..
nak dengar suara pun time balik rumah je nanti..
nak call sehari sekali pun susah agaknya..
tapi biasa la masing2 nak kumpul duit..menyara hidup..
so tak boleh la nak buat perangai macam bercinta dulu kan..
fokus mana yang penting...
lagi2 kalau ada anak..ha...memang lain la..
si suami akan cemburu bila si isteri asyik layan anak je..huhu..
jangan la macam tu ye..biasa la tu..


orang akan berubah mengikut persekitaran..
dari bercinta, bertunang dan berkahwin..
semuanya fasa yuang berbeza..
tiap2 tu ada perubahan yang akan berlaku..
cuma kita kena bersedia mental dan fizikal..=)

Isnin, 24 Oktober 2011

iStErI-iStErI sEnTiAsA dArA....

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra 
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 
Caranya: Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. 
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 
(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .
Lanjutkan dan share rakan2 serta kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.
Salam Ukhuwah..~
* Terima Kasih kepada Page Tok Wan atas ilmu yang dikongsikan.

bEnGkOkNyE wAnItA....

artikel ni datangnya dari website www.iluvislam.com – cuma aku tolong sebarkan artikel yag berunsur kerohanian ni untuk pembaca semua..especially wanita muslimah..
Wanita dari tulang rusuk yang bengkok? Bengkoknya Wanita
“Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik… hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”
“Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?”
“Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”
“Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”
“Alaah… orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”
“Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”
“Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?”
“Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “disadvantaged” atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik.”
“Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “golongan yang tak berguna” kepada “sayap kiri” kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.”
“Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia.”
“Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. “Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!”
“Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”
“Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”
“Apa maksud sebenar Hadis tu?”
“Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu “penyempurnaan” . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”
“Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”
“Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. ”
“Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat “bengkok” ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.”
“Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”
“Hmm, betul tu Naim.”
“Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”
“Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar.”
“Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini… “
*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

pEtUa KeBaHaGiAaN....

Aku dapat artikel nie dr someone..sorry xingt nama dia..tq sbb share artikel ni.. aku suka baca artikel-artikel mcm ni yang boleh aku sendiri praktikkan untuk kebaikkan sesama kita baik untuk di dunia atau di akhirat. Diri sendiri blom sempurna nak jadi insan yang baik…nak jadi terbaik itu ada, cuma kekadang blom sempurna lagi ilmu di dada.
From Dr. Fatma’s tafsir Al-Quran class
How to use the Surah Al Fatihah
1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.
3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person’s head once in the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby’s head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the “langit-langit” of your mouth and rub it onto the injured area.
All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best “penawar” for everything
* Read it with full “khusyuk”
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD “niat” /intentions.
Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first “Allahuakbar” dilaungkan, terus lah angkat tangan dan
berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
· Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.
Untuk awet muda both internal & external.
Zikir – Baca
” Ya Badiyah ” 1 x
” Ya Nur ” 1 x
” Ya Hadi ” 1 x
” Ya Allah ” 3 x
Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.
2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)
3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.
4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga moga boleh menghilang/meredakan.

baguslah kalu kita nak mengadu pada Allah bila kita dalam kesusahan, hati sedih..etc. Tapi semua diatas kita hanya berusaha Allah yang menentukan..tp bila kita berdoa, kita mesti yakin doa kita pada Yang Maha Esa..mudah-mudahan di makbulkan. Amin…amin…amin.