Selasa, 28 Jun 2011

PeMbErIaN sEoRaNg IbU....


Ibu adalah insan mulia yang telah melahirkan kita ke dunia yang fana ini setelah lebih kurang 9 bulan sarat membawa kita di dalam rahimnya. Dia jugalah yang telah mengajar kita erti kehidupan, erti memberi dan menerima, cara makan, minum dan lain-lain lagi. Allah telah memberi kita peluang untuk melihat dunia yang diciptakan-Nya; Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, dengan rahmatNya sebaik sahaja tangisan pertama kedengaran pabila kita selamat keluar dari rahim ibu kita.
Kali ini, saya ingin membawa satu kisah benar ikhlasnya pemberian seorang ibu. IBU MEMBERI BUKAN UNTUK MENERIMA.
Amir (bukan nama sebenar) benar-benar tersentuh. Air matanya hampir menitis sewaktu mendengar kata-kata Akmal (bukan nama sebenar) semasa berbincang mengenai keistimewaan IBU. Kata-kata Akmal ringkas namun begitu menusuk jiwa yang tandus dengan benih iman ini.
Cuba ceritakan apa keistimewaan ibu kamu? Kata-kata Amir sebagai pembuka bicara diskusi pada petang tersebut.
“Semua ibu istimewa.” Balas Akmal mudah cuba untuk mencetus idea. 
IBU MEMBERI BUKAN UNTUK MENERIMA.
“Tapi saya ingin sangat mendengar tentang kisah ibu kamu. Ya, memang semua ibu istimewa tetapi keistimewaan seorang ibu dengan yang lain pasti berbeza. Apa keistimewaan ibu kamu?” pinta Amir seakan merayu.
“Saya teringat…” Akmal membuka bicara, “Peristiwa ini berlaku sewaktu keadaan ibu sangat uzur. Ibu ingin turun tangga melihat halaman rumah yang sedikit tidak terurus. Sakitnya kian teruk. Badannya lemah, namun masih mampu mengukir senyuman yang mampu menghilangkan kerunsingan di jiwa sesiapa sahaja yang memandangnya. Saya papah ibu untuk menuruni tangga.”
Amir mendengar penuh minat.
“ Tiba-tiba ibu berkata, IBU RISAU, KALAU IBU MENINGGAL NANTI SIAPA YANG AKAN MENDOAKAN KAMU!”
Amir tersentak. Benar- benar terusik jiwanya. Jika Amir berada di tempat ibu Akmal mungkin kata-katanya berbeza. Jika anda berada di tempat ibu Akmal, apakah yang akan anda ucapkan?? Jika saya berada di tempat ibu Akmal, mungkin saya akan kata begini, “ Kalau ibu meninggal nanti, siapalah di antara anak-anak ibu yang akan mendoakan ibu nanti ek? Jangan lupa ya doakan ibu.” Tetapi, sebaliknya bagi ibu Akmal. Dia bimbang kalau tidak dapat ‘memberi’,manakala saya, bimbang kalau tidak dapat ‘menerima’.
“Apa kesan daripada kata-kata ibu itu kepada kamu Akmal?” Tanya saya mencungkil pendapat.
“Semenjak itu hingga kini, selepas 5 tahun ibu pergi meninggalkan saya, tidak pernah luput daripada saya mendoakan ibu setiap kali selepas solat fardhu lima waktu. Kata-kata itu sangat berkesan di hati saya. Ibu ‘memberi’ dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.”
Mata Akmal mula berair. Sebak. Jiwa Amir yang mendengar terpukul dengan kata-kata tersebut. Matanya merah menahan sebak. Menungnya jauh.
Bagaimana pula dengan jiwa anda?? Jiwa saya bagai dihiris sewaktu menghayati perbualan tersebut. Betapa tidak bersyukurnya jiwa ini, kadang-kadang menerima ‘pemberian’ ibu tanpa sebarang ucapan terima kasih, lebih teruk lagi melupakan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh ibu semata-mata ingin memenuhi kehendak anaknya ini. IBU, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA ANAKMU YANG MASIH MENTAH INI, YANG SELALU LEKA DIBUAI DUNIA REMAJA YANG MEMANG MENGASYIKKAN INI. KAU PERINGATKANLAH ANAKMU INI JIKA ANAKMU INI TERSALAH LANGKAH SEWAKTU DUNIA REMAJA MEMANG MENGHERET JIWA SETIAP REMAJA YANG LEMAH IMANNYA KE LEMBAH KEBINASAAN. KAU PUKULLAH ANAKMU INI JIKA IANYA UNTUK MENDIDIK DAN MEMBENTUK JIWA REMAJA ANAKMU INI LEBIH KENTAL MENGHADAPI DUNIA REMAJA YANG PENUH DENGAN 1001 GODAAN.TERIMA KASIH IBU KERANA MENYAYANGI ANAKMU YANG TIDAK BERSYUKUR INI DENGAN PENUH KASIH.
IBU; yang telah mengandungkan kita dengan susah payah selama 9 bulan, melahirkan kita dengan 1001 kesakitan, membesarkan dan melayan setiap kerenah kita dengan penuh sabar, menjadi motivator sewaktu kita runsing, menjadi pendengar setia bagi setiap cerita suka dan duka kehidupan kita, ‘merubat’ setiap kedukaan kita, mewarnai hari-hari kita yang gelap sewaktu ditimpa musibah, dia ‘memberi’ tanpa mengharapkan balasan daripada anaknya.
Ah, lalainya aku. Selalu lupa untuk mendoakan ibu selepas solat 5 waktu diwaktu doa ibu sentiasa mengiringiku. Aku leka dengan duniaku. Selalu lupa untuk bertanya khabar ibu di kampung sewaktu ingatan ibu tidak putus-putus memikirkan kesihatan anaknya di tempat orang.
JANGAN DILUPA JUGA setiap perit jerih seorang bapa yang membanting tulang siang dan malam bekerja untuk mencari rezeki dan membesarkan kita. Ketegasan ayah yang memarahi sebagai tanda sayangnya kepada kita. Tegas untuk membentuk satu jiwa yang kental agar dapat menangkis setiap godaan yang mengheret kepada kebinasaan.
Ayah, yang mendengar setiap luahan perasaan kita tanpa jemu. Ayah, yang menjadi konsultan sewaktu kita bingung membuat pilihan terbaik. AYAH, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA ANAKMU INI YANG SELALU MELAWAN SEWAKTU KAU TEGAS MENDIDIK ANAKMU INI. JANGANLAH KAU JEMU MENEGUR ANAKMU INI SEWAKTU DUNIA REMAJA MENGGODA DAN MENDUGA ANAKMU INI DENGAN 1001 DUGAAN. KAU PUKULLAH ANAKMU INI JIKA PUKULAN ITU UNTUK MENDIDIK ANAKMU INI MENJADI SEORANG REMAJA YANG TERPIMPIN DAN MAMPU MEMIMPIN. TERIMA KASIH AYAH KERANA MENYAYANGI ANAKMU YANG TIDAK BERSYUKUR INI DENGAN PENUH SABAR.
Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Di atas setiap pengorbanan yang telah dicurahkan kepada anakmu ini walaupun anakmu ini selalu lupa tentang pengorbananmu itu.
Sehingga kini, saya masih tidak dapat memutuskan siapa yang lebih bertuah, Akmal yang mendapat ibunya yang baik ataupun ibu Akmal yang mendapat anak yang baik? Tapi hakikatnya, siapa yang menyayangi akan disayangi. Siapa yang paling tinggi kasihnya, dialah yang paling banyak memberi. Ya, kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima.
Kasih ibu membawa ke syurga. Namun, jangan dilupa juga peranan seorang ayah dalam membentuk keluarga bahagia.
“Apabila mati anak Adam, terputuslah daripadanya segala amalan, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan ANAK YANG SOLEH YANG BERDOA UNTUKNYA”. Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Abu daud.
Manfaatkanlah masa yang masih ada untuk menyayangi kedua ibu bapa kita. Bagi yang duduk berjauhan dengan ibu bapa, keraplah menghubungi mereka walaupun hanya sekadar untuk bertanyakan khabar, dah makan ke belum, atau tengah buat apa sekarang. Ingatlah, ibu bapa kita amat rindu untuk mendengar suara anak-anak mereka yang berada berjauhan dengan mereka.
Bagi yang tinggal berdekatan dengan iba bapa anda, berkhidmatlah untuk mereka selagi mereka masih hidup. Jangan nanti bila mereka dah dijemput Ilahi, baru kita terkilan kerana TIDAK MENGHARGAI MEREKA.
Bagi mereka yang ibu bapa telah pergi bertemu Ilahi lebih awal, jangan putus-putus untuk mendoakan mereka. Mereka amat mengharapkan doa-doa daripada anak-anak mereka. YAKINLAH, SETIAP DOA YANG KITA PINTA MAMPU MERINGANKAN SEDIKIT BEBANAN MEREKA DI SANA.

Tqvm azzariyat.com for your entri….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan